Tuesday, May 26, 2009

Untuk permulaan

Untuk permulaan ini saya dan Bro Jimi dalam keadaan sibuk dengan pelbagai urusan dan yang paling utama adalah urusan untuk projek membina sektor industri. Paling utama sekali saya berhasrat untuk menhasilkan metal detector versi Malaysia. Rekaan dan juga binaan dalaman 100% buatan Malaysia. Saya kan sedaya upaya menghasilkan produk metal detector untuk pengguna orang-orang Malaysia. Walaupun banyak produk luar negara seperti ini masuk ke Malaysia terutama sekali produk dari China yang memang banyak, bermacam-macam jenis dan paling penting sekali adalah murah.

Jadi itu bukan satu halangan. Tidak kisahlah pun macam-mana sekali pun rupanya atau murahnya benda alah tu. Bagi saya itu tidak jadi halangan selagi kita yakin dengan barangan buatan tempatan. Sebelum ini pun saya sudah menghasilkan satu metal detector yang unik bentuknya tetapi tidak tahan lama sebab bahan-bahan yang digunakan untuk membinanya adalah daripada barangan sekeliling yang boleh dicapai.

Apabila sudah siap beberapa alat, hasrat seterusnya membuat satu group yang mengandungi aktiviti seperti jugle tracking. Tetapi sebenarnya hasrat untuk mencari harta karun. He he he. jangan panik dan jangan ambil serius. Bukan harta karun sebenarnya tetapi barang-barang yang tertanam di dalam tanah. Jika difikirkan apakah barang-barang logam yang ada di dalam tanah dalam sekitar beberapa inci dari permukaan tanah? Dari pengalaman saya yang mencuba metal detector buatan sendiri, banyak mengumpul duit syiling 1 sen sehingga 50 sen. Selain itu juga barang logam kecil seperti penutup botol, rantai besi, tin, zip seluar dan seumpamanya. Tapi jika bernasib baik, boleh dapat cincin emas atau rantai emas. Lokasi pencarian adalah sekitar rumah kampung, padang permainan dan yang paling banyak boleh jumpa adalah pantai-pantai.

Apabila cerita tentang pencarian di pantai, saya teringatkan satu peristiwa dan saya sememangnya tidak suka menunjuk alat ini kepada orang ramai. Sebabnya orang akan rasa hairan dengan alat ini dan rasa pelik dengan tingkah laku saya mencari sesuatu. Sedangkan ia merupakan satu aktiviti sebagai hobi sahaja. Jadi waktu paling selamat adalah waktu tengah malam untuk bergerak. Lokasi utama di pantai Port Dickson. Pada masa itu saya bergerak berdua dengan Shahrul. Oleh itu pada malam itu saya target akan memperolehi hasil yang baik seperti yang dimpikan.

Sampai sahaja dilokasi pantai, sesuatu yang tidak seperti yang saya harapkan terjadi. Pada malam itu ramai pula couple yang berdating. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak hiraukan mereka. Tetapi lain pula jadinya sebab malam tersebut ada operasi polis mencari pendatang haram di kawasang pantai. Jadi berlakulah adegan kejar mengejar antara polis dengan pendatang haram. Disebabkan suasana kelam kabut itu, kami pun terpaksa berlari meninggalkan kawasan tersebut dan terus balik tanpa memperolehi apa-apa hasil malam itu.

Dari saat itu saya dan beberapa member tidak lagi ke sana. Kemungkinan saya akan pergi lagi ke sana tetapi dengan bilangan member yang ramai sikit. Mungkin berempat atau tidak lebih dari lima orang. Jika malam itu ada berhasil, hasil pencarian akan dibahagi sama rata (macam operasi cari harta karun pula). Apa pun dengan aktiviti ini saya dan beberapa member rasa puas dan anggap ini merupakan salah satu aktiviti riadah lain dari yang lain.

No comments:

Metal detector buatan sendiri